Thursday 24 November 2011

Hari Kebesaran Islam ( Awal Muharam )

Assalamualaikum..
Hari-hari kebesaran Islam adalah hari yang disambut oleh semua umat Islam sedunia. Awal Muharam atau Tahun Baru Hijrah merupakan salah satu hari kebesaran Islam. Kebiasaannya satu aktiviti berkaitan Awal Muharram akan disambut di peringkat sekolah. Namun pada kali ini Awal Muharam jatuh pada cuti sekolah, maka ia mungkin akan disambut pada awal persekolahan tahun hadapan. Antara aktiviti atau cara menyambut kedatangan Awal Muharam ialah bacaan yasin & tahlil pada hari terakhir tahun sebelumnya, bacaan doa akhir tahun dan bacaan doa awal tahun.
Pejam celik, pejam celik, sekejap sahaja masa berlalu. Tahun 1432hijrah akan melabuhkan tirainya dan tahun 1433 hijrah akan tiba. Oleh itu kita perlu bertekad dalam hati dengan azam yang baru, semangat yang baru dan perbanyakkanlah amalan di tahun baru hijrah ini serta berusaha dan terus berusaha mencari keredhaan Allah Ta'ala. Semoga kita sentiasa beroleh kebahagiaan hidup di dunia dan juga di akhirat.
Akhir kata..."Selamat Menyambut Awal Muharam dan Salam Ma'al Hijrah".

Bersama-samalah kita hayati, halusi dan fahami maksud lagu ini...

Monday 21 November 2011

Sifat Mahmudah VS Sifat Mazmumah

Assalamualaikum wbt..
Kita hidup di dunia hanyalah sementara..akhirat jualah yang kekal abadi. Justeru itu sebagai manusia yang diciptakan dengan sebaik-baiknya kejadian oleh Allah, maka kita hendaklah patuhi segala suruhanNya dan jauhi segala laranganNya. Tanamkanlah dalam diri kita dengan sifat-sifat terpuji iaitu Sifat Mahmudah dan elakkan diri daripada melakukan sifat-sifat yang keji iaitu Sifat Mazmumah. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani hamba-hambanya yang sering membuat kebaikan.

 Sifat Mahmudah yang dimaksudkan oleh Imam Al-Ghazali iaitu :
  • Sering bertaubat
  • Takut (khauf)
  • Sabar
  • Zuhud
  • Syukur
  • Ikhlas
  • Tawakkal
  • Kasih Sayang (Mahabbah)
  • Redha
  • Mengingati mati (Zikrul Maut)
Manakala Sifat Mazmumah yang dimaksudkan oleh Imam Al-Ghazali iaitu :
  • Banyak bercakap
  • Banyak makan
  • Pemarah
  • Hasad
  • Bakhil
  • Hubbud dunnya (Cintakan dunia)
  • Mencintai kemegahan
  • Suka Bangga diri
  • 'Ujub
  • Suka menunjuk-nunjuk ( Riya') 
    Wahai teman dan saudara marilah kita bersama-sama meningkatkan kualiti hidup kita dengan memupuk sifat-sifat yang terpuji dalam diri sebagai jaminan hidup yang penuh keberkatan dan kerahmatan di dunia dan juga di akhirat.

Aktiviti Panitia Sekolah Saya....2011

Alhamdulillah..musim persekolahan tahun 2011 telah pun berakhir. Saya bersyukur kerana pada tahun ini banyak juga aktiviti /program Panitia P.Islam di sekolah saya telah dapat dijalankan dengan jayanya. Semoga pada tahun hadapan ia dapat diteruskan dan dibuat penambahbaikan. Semua aktiviti/program tidak akan terlaksana tanpa hubungan yang baik dan kerjasama antara ahli panitia dan juga warga sekolah. Terima kasih diucapkan. 


Program Tadarus Al-Quran sepanjang bulan Ramadhan
 Program Khatam Al-Quran Majlis Penutup Ihya' Ramadhan
Ceramah sempena Sambutan Isra' Mikraj yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Fadhil bin Umar GPI jQaf.

  Penyertaan MTQ Daerah dalam Pertandingan Kompang Selawat - mendapat tempat ketiga.
Menunggu giliran untuk membuat persembahan kompang selawat.

Terdapat juga aktiviti-aktiviti lain yang telah dijalankan iaitu pertandingan mereka cipta kad raya & poster sempena Ihya' Ramadhan. Pertandingan azan dan sajak sempena Sambutan Maulidur rasul dan pertandingan nasyid. Semua aktiviti yang dijalankan adalah bertujuan mencungkil bakat murid dan memberi pendedahan dan menambahkan penghayatan amalan dalam kehidupan seharian.