Sunday 16 October 2011

Mulakan sesuatu dengan lafaz Basmalah

Assalamualaikum wbt...
'Bismilaahir Rahmaanir Rahim..." Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Penyayang.
Mulakan hari-hari kita dengan cergas dan redha hanya kerana Allah. Mulakanlah sesuatu pekerjaan kita dengan cepat, tangkas dan jaya. Mulakanlah semuanya dengan niat yang ikhlas hanya kerana Allah. Mulakanlah dengan Bismillah.... Semoga segala kerja yang kita lakukan akan dipermudahkan oleh Allah Taala.

Saturday 8 October 2011

Keimanan Dan Ketaqwaan Tunjang Pembentukan Akidah dan Sahsiah Terpuji


 Keimanan ketaqwaan, menjadi tunggak
    Pembentukan  aqidah dan sahsiah terpuji    
Hiasilah diri dengan keimanan
Al-Quran dan sunnah jadikan pedoman
               Kerana.....
Hidup di dunia hanya sementara
Hanya Akhirat  yang kekal abadi
     
Wahai insan-insan yang budiman
Marilah bersama kita tingkatkan amalan, jauhi segala kemungkaran,
 serta.....
Banyakkanlah amalan hidup di dunia
Agar dapat membentuk jiwa, menjadi insan yang bertaqwa
       Sesungguhnya.....       
Tiada tuhan melainkan Allah,
Dan....Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.
La ilaha illallah Muhammadur Rasulullah 
Ayuh, marilah bersama..... 
Patuhi perintah Allah dan ikuti sunnah Rasulullah
Demi pembentukan aqidah dan sahsiah yang terpuji
Demi membina hidup sebagai mukmin dan mukminah sejati.

Wednesday 5 October 2011

Contoh Rancangan Harian Pendidikan Islam Pra Sekolah


RANCANGAN  PENGAJARAN  DAN  PEMBELAJARAN  HARIAN


Minggu :    04                               Hari :     رابو                           Tarikh :     27.01.2011

Kelas:
Masa:
Matapelajaran:

Perkara

Catatan / Impak

فراسكوله  2
8.30 – 9.00

فراسكوله  1
9.10 – 9.40

فنديديقن  اسلام
 ( PI 1.0 -     ( عقيده



ستندرد كاندوغن : (PI 1.1)   مغتاهوءي روكون إيمان .
ستندرد فمبلاجرن : (PI 1.1.2)   مياتاكن  6  روكون إيمان .
تونجغ يغ دسفادوكن : ماتماتيك ، فيزيكل دان استيتيكا .
اوبجيكتيف : موريد دافت مثاتاكن روكون إيمان يغ فرتام دان كدوا .
اكتيؤيتي :
1. موريد مندغر دان مغيكوت ضورو برنشيد "روكون إيمان" .
2. موريد ميبوت روكون إيمان يغ  فرتام دان كدوا .
3. موريد مندغر ارهن ضورو دان ملاكوكن فرضرقن :
    - برإيمان كفد الله : موريد دودوق
    - برإيمان كفد ملائكة : موريد برديري .
4. موريد مغيجا كلمة الله دان ملائكة سرتا مورنا كلمه  الله .
باهن بنتو مغاجر :  كد حروف ا ل ل ه  دان  كد فركاتاءن
  


ايمفك:
25/10 اورغ موريد دافت مثبوت روكون إيمان يغ فرتام دان كدوا دغن بتول.
25/15 اورغ دافت مثبوت روكون إيمان يغ فرتام دان كدوا دغن بيمبيغن ضورو





  • Contoh sekiranya menggunakan Buku Persediaan Mengajar sedia ada: