Saturday 8 October 2011

Keimanan Dan Ketaqwaan Tunjang Pembentukan Akidah dan Sahsiah Terpuji


 Keimanan ketaqwaan, menjadi tunggak
    Pembentukan  aqidah dan sahsiah terpuji    
Hiasilah diri dengan keimanan
Al-Quran dan sunnah jadikan pedoman
               Kerana.....
Hidup di dunia hanya sementara
Hanya Akhirat  yang kekal abadi
     
Wahai insan-insan yang budiman
Marilah bersama kita tingkatkan amalan, jauhi segala kemungkaran,
 serta.....
Banyakkanlah amalan hidup di dunia
Agar dapat membentuk jiwa, menjadi insan yang bertaqwa
       Sesungguhnya.....       
Tiada tuhan melainkan Allah,
Dan....Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.
La ilaha illallah Muhammadur Rasulullah 
Ayuh, marilah bersama..... 
Patuhi perintah Allah dan ikuti sunnah Rasulullah
Demi pembentukan aqidah dan sahsiah yang terpuji
Demi membina hidup sebagai mukmin dan mukminah sejati.

No comments:

Post a Comment