Saturday 17 December 2011

Cara Menghafaz Surah serta Terjemahan Dengan Mudah

Assalamualaikum...

Menghafaz surah serta terjemahan adalah salah satu komponen bidang Tilawah Al-Quran dalam Pendidikan Islam. Kekadang ia menjadi satu kelemahan bagi murid-murid untuk menghafaz surah serta terjemahan dengan betul. Maka, di sini saya ingin berkongsi tentang cara menghafaz surah serta terjemahan dengan mudah. Ini kerana kebiasaannya murid mampu menghafaz ayat tetapi terdapat kesukaran untuk mengingati maknanya. Justeru itu saya ingin berkongsi tentang cara-cara untuk menghafaz makna ayat dengan mudah iaitu hanya dengan mengingati "kata kunci" pada makna sesuatu ayat. Kaedah ini saya perolehi apabila saya mengajar bersama rakan saya di dalam satu kelas yang sama. Apa yang saya lihat ia memudahkan murid untuk mengingati makna  pada ayat apabila sekadar mengingati "kata kunci" pada makna ayat tanpa mengubah makna ayat tersebut.
Apabila murid dapat membaca dan menghafaz surah serta terjemahannya dengan betul maka ia akan lebih dihayati sekiranya mereka mengamalkan bacaan surah tersebut di dalam solat. Wallahu a'lam...Selamat mencuba....


Contoh Membaca dan Menghafaz Surah Al-Ikhlas serta Terjemahan Tahun 3 :

MEMBACA DAN MENGHAFAZ SURAH AL-IKHLAS SERTA TERJEMAHAN.
Katakanlah (Muhammad) ; Dialah Allah, Tuhan yang maha Esa.
Allah adalah tuhan yang disembah dan tempat memohon pertolongan.

Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan.
Dan tiada sesiapapun yang setara denganNya.
                                                                                                                                                             
NOTA : 
Makna yang digariskan merupakan "kata kunci" yang perlu diingati.

1 comment: