Thursday 1 December 2011

P & P P. Islam Tahun 6 ( Ibadah )

SOLAT JENAZAH

Assalamualaikum wbt..
Maklumat ini sekadar perkongsian ilmu bagi p & p untuk tajuk "Solat Jenazah".  Sebagaimana yang kita ketahui semua makhluk ciptaan Allah akan menemui maut sepertimana firmanNya dalam Surah Ali-'Imran ayat 185 yang bermaksud; " Setiap yang bernywa pasti akan mati".

Maka, apabila mati seseorang Islam itu, maka wajiblah di atas orang-orang yang hidup menyelenggarakan empat perkara ke atasnya (mayat):
Perkara-perkara yang mesti dilakukan ialah ;
  1.  Memandikan 
  2.  Mengkhafankan
  3.  Menyembahyangkan
  4.  Mengkebumikan  
Cara-cara melakukan Solat Jenazah ialah ;
  • Niat 
  • Berdiri jika berkuasa
  • Takbir empat kali termasuk takbiiratul ihram
  • Membaca surah al-Fatihah
  • Membaca selawat ke atas nabi
  • Mendoakan mayat
  • Memberi salam
Hukum melakukan solat jenazah adalah fardhu kifayah dan sunat dilakukan secara berjamaah sekurang-kurangnya tiga saf,setiap satu saf sekurang-kurangnya dua orang.
Dna sebaik-baiknya orang yang lebih utama menyembahyangkan jenazah itu ialah walinya, iaitu bapanya kemudian datuknya dan ke atas kemudian anaknya,cucu-cucunya dan seterusnya ke bawah, kemudian saudara lelakinya seibu sebapa ,kemudian saudara lelaki sebapa. Kemudian anak saudara seibu sebapa , kemudian Asabah mengikut tertib, pusakanya dan kemudian zawil arham, jika didapati sama keadaan martabat mereka maka didahulukan yang lebih tua .Dan jika tidak terdapat kerabat-kerabat yang di atas maka didahulukan orang yang lebih faqih dan tua.
 Wallahu 'alam...

No comments:

Post a Comment